Membuatkan Impian Setiap Wanita Menjadi Kenyataan.
Memang tidak dapat dinafikan setiap wanita mengharapkan bentuk badan yang menawan. Tetapi gaya hidup moden kini yang sibuk telah mengakibatkan wanita sekarang kurang bersenam, kurang masa untuk berehat dan mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Oleh sebab itu kenapa EcoFirst Products telah menempatkan EContour Bio-Energy Body Shaping Corset termasuk dalam barisan produk yang istimewa.
Fungsi Bio-Energy Body Shaping Corset :
- Membantu dalam mengurangkan berat badan
- Menghasilkan liuk-lentuk tubuh badan yang sempurna
- Meningkatkan peredaran darah
- Membantu dalam kesihatan
- Membetulkan postur tubuh
- Melegakan kesakitan otot
EContour Bio-Energy Body Shaping Corset membina, membakar lemak dan melangsingkan tubuh anda. Anda tidak perlu berpeluh dan tidak perlu menahan lapar. Bentuk badan ramping yang mengasyikkan kini bakal anda kecapi. Lima sebab untuk anda perlu memakainya :
1. Sangat Lentur dan Gentian Lembut Istimewa
EContour Bio-Energy Body Shaping Corset diperbuat daripada fiber elastik unik untuk rawatan perubatan profesional. Ia mempunyai indek kelenturan antara 17-20 mmHg yang selamat dan berkesan dalam mengembalikan posisi tisu dan membantu dalam pelangsingan.
2. Gelombang Tenaga Infra Merah Jarak Jauh (FIR) + Ion Negatif
Gelombang Tenaga Infra Merah Jarak Jauh ini akan memperbaiki pengaliran-mikro sistem serta mengaktifkan molekul darah untuk memupuk metabolisme dan pengaliran darah. Gelombang ini juga dapat menyingkirkan sisa-sisa dalam badan dan lemak berlebihan bawah kulit yang menyebabkan kegemukan (obesiti).
Ion Negatif pula dapat menutralkan pH darah, seterusnya mengimbangi keasidan darah. Ia membantu dalam meningkatkan peredaran darah dan metabolisme.
FIR merupakan sejenis gelombang tenaga semulajadi yang dipancarkan oleh matahari dan mempunyai julat yang hebat dalam unsur-unsur penyembuhan. Ia dapat menembusi ke dalam sel-sel tubuh, tisu dalaman, kelenjar, saraf dan organ di bawah kulit. FIR dengan lembut meninggikan suhu badan dan mengaktifkan fungsi utama tubuh badan keseluruhannya.
Komuniti perubatan sedar akan kesan kebaikan FIR kepada badan manusia. Malangnya, kita tidak meluangkan cukup masa di bawah matahari untuk menyerap Far Infrared Ray. Ole sebab itu kenapa EContour Bio-Energy Body Shaping Corset merupakan kaedah yang terbaik untuk menyembuhkan badan anda sementara memberi anda bentuk badan yang sempurna.
3. Potongan 4D dan Rekaan Tanpa Coli Terkini
EContour Bio-Energy Body Shaping Corset mempunyai rekaan 4D (4 sudut : depan, belakang, kiri dan kanan) tidak seperti kebanyakan potongan 3D. Rekaan 4D menitikberatkan sudut potongan. Membentuk keseluruhan tubuh adalah lebih pantas dicapai tanpa perlu menyesuaikannya untuk keselesaan.
Rekaan tanpa coli menolakkan lemak berlebihan ke atas secara semulajadi supaya buah dada kelihatan lebih tumpu dan bulat.
4. Kecekapan Menyerap Peluh dan Anti-Kerengsaan (Anti-Kegatalan)
EContour mempunyai 40% kelebihan penyerapan peluh disebabkan rekaan pengudaraanya yang unik, di mana ia menggunakan bahan gentian anjal secara perubatan. Fabrik yang lembut, berangin dan penghapus-peluh ini adalah menyelesakan. Ia tidak memberi tekanan yang tidak diperlukan walaupun memakainya 24 jam sehari, dan ia sesuai untuk kulit yang sensitif.
5. Pengudaraan Yang Baik
Dengan penggunaan teori perolakan, ia berupaya mengekalkan kekeringan kulit yang membenarkan kulit untuk bernafas dan menyediakan keselesaan tambahan di waktu hari panas. Ia didatangi dengan lapisan renda yang menyamankan dan pengaliran udara yang baik untuk menghindari bakteria daripada membiak. EContour adalah produk kajian klinikal saintifik yang berjaya.
No comments:
Post a Comment